|| ABOUT
saper IM Dreamer ni…? mender la newbie port ni plak…? ish…!
ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA, ![]()
Kepada semua pembaca dan/atau pelawat yang budiman sekalian.
ABOUT: Siapa ‘IM Dreamer’??? dan sejarahnya…
Huh!? Anda mahu tahu siapa sebenarnya IM Dreamer!? Rilek, rilek… terlebih dahulu saya nak citer camane saya dapat nickname nih…
Once upon a time… saya terfikir, apa nickname yang saya nak gunakan untuk dunia IM (internet marketing) nih… Oh ya, sebelum tu… kita flashback jap (sekali lagi… huhuhu…) …
Pengenalan saya kepada dunia IM ni, officiallynya pada akhir November 2007. Ketika itu, saya hanya ingin pelajari ‘sesuatu’ apa yang ada (dan dapat ‘diberi’) dalam dunia IM ni… Banyak nickcame lain yang pernah saya guna. Malah, saya juga pernah buat blog ‘cuba-cuba…’! Namun, saya tak jumpa apa ‘sesuatu’ tu…
At last, ALLAH Maha Kaya, akhirnya saya ‘dibawa’ ke blog Team Flarebiz – FlareBiz.com. Dan ketika itulah saya membaca post ini. Tanpa berfikir panjang (juga terpikat giler ngan design salesletter dorang…!) saya terus menjadi pelanggan mereka! Esoknya, saya mula download link yang telah diberikan… Dan ketika itulah, bermulanya era kewujudan IM Dreamer… huhuhu…
Zreeet… kita flashfront (???) balik, kali ni, apa plak nickname yang saya nak gunakan… Saya newbie (and i will always be a newbie… – ini motto saya, huhuhu… -). Dan saya juga mempunyai impian yang menggunung untuk berjaya! (setidaknya, mencapai tahap ‘selesa’ dalam hidup) Dan saya juga mahu mahir dan sentiasa pelajari segala apa tentang dunia IM… HUH! Saya jumpa! Saya mahu pelajari continuosly dunia IM dan saya juga berimpian dalam mencapai sesuatu dalam hidup! IM Dreamer… berimpi (mencapai sesuatu dalam hidup) dalam dunia IM… Nah, lahirlah nickname IM Dreamer yang mewakili diri saya…
Pokoknya (???), siapa IM Dreamer yang sebenarnya…? Jangan bimbang, saya adalah seorang manusia seperti anda semua, bukan komputer AI… huhuh… Berikut merupakan serba sedikit tentang diri saya:
Umur: 25 tahun (Mac 1983).
Pekerjaan: Menulis la… apa lagi… huhuhu…
Tinggal: Kota Bharu, Kelantan DarulNaim, Malaysia, Bumi, Cakerawala Bimasakti (hak ALLAH kesemuanya…)
Sikitnya profile??? Iya ker… Cukup la tu…
Emmm… saya ni sebenarnya seorang yang teramat pemalu (lagi malu daipara Mr Shuth cam yer pernah cakap dalam buku Rahsia Blogger yer tuh!) Itu sebab utama saya tidak mahu expose kan diri saya… Antara sebab lain juga adalah kerana saya bertekad untuk membuktikan kepada dunia IM, bahawa, orang yang sebegini malu seperti saya juga, dapat menabur ‘sesuatu’ dalam merancakkan industri ini! (cecewah… huhuhu…) Saya mahu buktikan, walaupun seseorang itu tidak dikenali secara zahirnya, namun dia masih boleh berkecimpung dengan jayanya dalam dunia best mangat ini, dunia IM.
Secara rumusnya, biarlah IM Dreamer hanya dikenali sebagai IM Dreamer. Seorang individu yang amat utuh dengan mottonya: “i’m a newbie, and i’ll alway be a newbie”. (P/S: mengapa ini dijadikan motto saya? Haaa… nantikan post saya tentang perkara ini nanti ya…)
Apa pun, saya sangat-sangat menghargai kehadiran anda ke sini. Iyalah, nenek saya pesan… tetamu ni pembawa rezeki! Ntah apa yang mahu saya hidangkan (kuih muih, minum-minum, takleh…, korang tak kenal umah… huhuhu…) melainkan hidangan perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman. Harap-harap anda juga sebegitu. Kita sama-sama menerima dan memberi… Itu motif utama kewujudan blog saya ini. Dan lagi…
ABOUT: Segalanya Mengenai Laman Blog Ini… dan motif kewujudannya…
MOTIF! Apa motif awak?!!!
Ai… cam marah ajer… huhuhu…
Naper saya mulakan ngan dialog camgitu..? Ntah, saya sendiri pun tak tahu… Heheh… Taklah… Gurau ajer… huhuhu…
Sebenarnya, perkataan motif itu sendiri sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif kan… Naper ya??? Ntah… saya pun tak tahu. Apa pun, motif saya ini adalah bersifat sebaliknya, suci murni… huhuhu…
Sebab utama motif ini adalah kerana saya amat ingin mahu mempunyai laman suara dan luahan saya yang sendiri. Lebih-lebih lagi, di platform yang lebih bebas dan luas! (dot com/info/biz…) tambahan pula, sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini… Saya mula bersemangat dengan klik pada banner laman itu. Sekaligus, saya menjadi pelanggan mereka tanpa segan silu… huh!
Seterusnya, saya ingin membuat sedikit anjakan paradigma dalam dunia IM. Iaitulah, niche saya yang lebih kepada segala apa yang berkait dengan newbie…
Sepanjang yang saya ‘layari’ dalam dunia ini, dunia IM Malaysia masih lagi ketandusan dengan laman-laman yang lebih bersifat ‘mesra’ dan ‘terus’ khasnya kepada ‘kaum-kaum’ newbie… Ramai yang lebih terus dengan apa yang mereka tahu sehinggakan jika newbie ke sana, buntu dan terus ‘lompat belajar’.
Saya sedar, segala apa yang saya maksudkan ini mungkin akan ‘memanaskan’ sesetengah pihak… tetapi, saya sedar bahawa dunia IM Malaysia masih ketandusan laman-laman yang lebih bersifat ‘mesra’ dan ‘terus’ kepada newbie…
Maka, saya tekad dan nekad, untuk mengambil inisiatif ini, untuk melakar sebaiknya apa-apa sahaja yang para newbie akan berasa lebih selesa dan dapat terus kepada mereka. Terbitlah slogan “newbie port”… Yang membawa maksud dan hasrat, agar laman ini didesign sebaiknya khas kepada newbie…
Tetapi, ingin sangat saya maklumkan di sini… Walaupun, laman blog ini lebih tertumpu kepada segala apa yang berkait kepada newbie, tetapi ini sama sekali tidak bermaksud bahawa para pro IM tidak sama sekali dibenarkan atau lebih tepat lagi dialu-alukan datang ke sini…! Tidak sama sekali! Malah, saya amatlah mengalu-alukan kehadiran (singgahan pun cukuplah…) kehadiran anda ke sini. Kerana tanpa anda (para pro IM), siapalah kami (para newbie IM)… Diharap sangat-sangat, agar para pro IM dapat menyumbang dan tunjuk ajar kami di sini… Usaha dan keikhlasan anda, hanya ALLAH jualah yang membalasnya…
InsyaALLAH, saya akan sebaiknya menyusun satu persatu segala apa yang para newbie perlu tahu dan kuasai. Sebab inilah juga kenapa saya amat berpegang uth kepada motto saya: “i’m a newbie, and i’ll always be a newbie”. Sehinggakan saya begitu optimis dengan cadangan di satu ruangan forum (di sini), yang sangat-sangat menyokong usaha untuk mempertingkatkan usaha-usaha ke arah memajukan para newbie dengan lebih cemerlang…
Emmm… setakat ini sahaja hanya mampu saya garap di sini (ceh… garap tuh… huhuhu…). InsyaALLAH, di lain masa, akan saya garap lagi… huhuhu…
Ops, lupa nak mula dengan ini:
Hajimemashite! Dozo, dozo…
Sila beri tunjuk ajar ya! YOSH!!!
P/P/S: saya terlebih dahulu, memohon maaf kepada para Si Pencinta bahasa ibunda kita, para Si Pencinta Bahasa Malaysia. Kenapa? Sebab, laman blog ni begitu terabur sekali dengan segala apa yang berkait dengan keindahan bahasa ini. Maaf. Saya, hanya di sini, ingin mewujudkan suasana santai dan rileks (ops!) kepada pengunjung-pengunjung di sini… Saya adalah anak Melayu, yang sekali-kali tidak akan menghina bahasa tercinta saya. Hanya maaf mampu dipinta. Maafkanlah saya… sob sob sob… (ops! Ops!)
P/P/P/S: perlu saya nyatakan seperkara di sini. sememangnya, laman ini juga diwujudkan untuk bersama berkongsi segala apa jua tips dan tricks bagaimana untuk memperoleh dan buat duit secara online, tetapi saya (juga) sama sekali tidak sesekali melupai agama saya anuti. Harap, anda faham, bahawa laman ini tidak menjurus kepada keagamaan, tetapi untuk mempertingkat sesuatu kepada dunia IM. Saya juga anak Melayu, dan saya juga beragama Islam. Cumanya, hanya tujuan fokus. Harap anda memahaminya…










