ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA,

Hari ini, saya akan lakukan perubahan yang drastik kepada laman blog ini; malah ini adalah juga perubahan kepada diri saya sendiri! Apakah ia? Mengapakah ia berlaku? Relevankah ia?

Sebelum itu, saya ingin menyatakan satu perkara yang teramatlah penting untuk dikhabarkan. Iaitulah pinta maaf daripada saya. Kenapa? Apakah maaf yang dipinta?

Baik, begini… Ia adalah soal unsur penggunaan gaya bahasa saya di sini. Pada mulanya, saya ‘bertutur’, sepertimana sebelum ini, adalah hanya semata bertujuan untuk mewujudkan ‘suasana’ yang agak ‘senang’ dan santai apabilasahaja anda dan saya berkunjung di sini…

Namun, saya silap. Teramatlah silap.

Walaupun, saya ada menyatakan bahawa saya adalah pencinta bahasa dan bangsa, namun dalam pada itu, saya ‘sedang’ menidakkan erti saya itu. Setelah ditegur, diselediki, didalami dan diamati dengan sebaik-baiknya, saya akur. Saya tidak boleh lagi meneruskan sebegini. Mungkin ada pihak yang senang dengan pendekatan saya sebelum ini. Tetapi saya perlu mengambil langkah ini secara pukalnya.

Kini, saya tidak lagi akan semberono ‘merakus’ keindahan bahasa ibunda kita. Saya akan sebaiknya, mengolah apa sahaja dengan gaya bahasa yang lebih cekap dan ’sampai’ disertakan dengan masih ada unsur-unsur santai yang umum, seiring dengan kemampuan saya yang kerdil ini. Maafkan saya. Saya akui keterlanjuran ini.

Seterusnya, adalah hal pokok bicara saya hari ini.

Pada mulanya, tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk bersama mewujudkan satu ‘pelabuhan khas’ buat para newbie. Dan itulah sebabnya nama blog ini diberi nama, antaranya: newbie port.

Namun, pengajaran dan pembelajaran mengajar seseorang. Semakin lama saya mempelajari ilmu perniagaan internet, semakin dekat saya akan ia. Buktinya, jika sesiapa yang memerhatikan pergerakan saya secara lebih terperinci, pada mulanya, saya mengutamakan agar para-para newbie benar-benar kuasai ilmu INI DAHULU.

Namun, setelah saya melanggan ‘pakej lumayan’ kasimo69.com, saya telahpun mendapat satu ilmu baru yang teramatlah penting bagi saya – juga bagi sesiapapun! (sebenarnya, terlalu banyak ilmu yang terdapat pada ‘pakej lumayan’ kasimo69.com ini… teramatlah berbaloi memilikinya…!)

Baik. Apakah ia, ilmu yang teramatlah penting yang saya maksudkan itu? Inilah ia!

Setelah saya mula mendalami ilmu ini, saya terus ‘terhenti’ seketika… Bukan terhenti kerana bosan mendalami dan mengamati ilmunya…! Tetapi terhenti atas sebab saya mempersoal diri sendiri, apakah sebenarnya niche yang amat sesuai bagi saya! Apakah yang sebenarnya ingin saya lakukan! Sejak itu, saya terus dan terus pelajari kemahiran ilmu ini. Terlalu banyak rujukan yang saya lakukan… sehingga tak termampu untuk menyenaraikan di sini… ebook, buku, blog, tanya dan bermacam lagi… semata ingin menghalusi sebenar-benarnya hal yang terutama ini!

Sementelah itu… di mana sahaja, saya akan terus menerus sahaja akan mempromosikan ini dan ini. Mengapa? Kerana, bagi saya, secara peribadi, daripada pandangan dan ilmu orang kerdil seperti saya ini, kedua-dua ilmu inilah yang teramat penting sekali kepada sesiapa yang ingin terus mendekati alam perniagaan internet! Saya yakin, jika kedua ilmu ini dikuasai dengan sebaiknya… insyaALLAH, ilmu-ilmu yang seterusnya akan terus berkembang dan mudah ‘melekat’ dengan kita…

Jadi, berilah saya ruang dan masa untuk terus ingin mencari apa yang terpendam di dalam diri saya. Mencari niche saya yang sebenar. Mencari apa yang sebenarnya saya mahu lakukan.

Sekaligus, dengan sedihnya, juga dengan pohon maaf, saya ingin memaklumkan bahawa, perjalanan blog ini akan ‘suram’ seketika… Kerana saya perlu menetapkan segala apa yang terbaik untuk masa-masa seterusnya. Syukur juga pastinya, kerana saya menyedari hal ini seawal ini. Jika saya terus tanpa mempedulikan hal ini, saya tidak dapat bayangkan, apa yang seterusnya akan terjadi…

Rakan-rakan, berilah saya ruang dan masa… IM Dreamer tidak akan mati lagi… Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan segala…

Tidak lupa, terima kasih ke atas segala apa.

Juga, terima kasih kerana meluangkan masa seketika untuk semua ini…0

P/S: emmm… pada fikiran dan pandangan anda, sekadar berkongsi, niche apakah yang benar-benar tepat pada masa kini? Apakah pilhan niche anda?

Jangan lupa ADD BOOKMARK anda di sini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • e-mail
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • YahooMyWeb